Tuesday, June 2, 2015

Melaka | Bina Kediaman Anda Dengan Kos Rendah Kualiti Terjamin!

Assalamualaikum!

Bagi mereka yang ingin memiliki kediaman sendiri dengan dengan kos berpatutan di dalam Melaka boleh hubungi sahabat saya, osman di 0172595803.

Kos yang rendah tak bermaksud kualiti kerja yang rendah juga. Kualiti & kepuasan hati adalah keutamaan.

Harga? Hanya RM95/squarefeet & boleh runding.

Pengiraan : Sekiranya saiz rumah yang dikehendaki saiz Semi D,

35kaki x 70kaki = 2450 kaki persegi (squarefeet)

Anggaran harga rumah siap yang dibina (termasuk kos barang & upah) : 2450squarefeet x RM95 = RM232,750 sahaja!

En.Osman bukan menjual rumah, tapi menyediakan khidmat pembinaan kediaman dengan harga yang rendah & berpatutan!

Buat pengiraan sendiri, dan pikir, murah ke mahal berbanding harga semasa? Klo tak tahu, blh bertanya pd beliau, insha Allah tiap persoalan akan dijawab. Beliau tak menggigit (lol)

Step kerja: Tanam cerucuk, pilecap work, concreting pilecap, ground beam working structure work, brick work, roofing work. plastering n last finishing work











Hanya sekitar melaka.

Sila hubungi En.Osman (Serkam) di 017-2595803 untuk pertanyaan lanjut.
Sekiranya ingin melihat rumah contoh yang sedang dalam pembinaan oleh beliau boleh hubungi beliau juga. Insha Allah kerja baik, hasil yang kemas dan yang paling penting harga yang berpatutan. 

Untuk perbandingan harga dengan harga rumah semasa bagi sesiapa yang tidak berapa arif, boleh hubungi beliau & sekiranya ingin berjumpa (dalam Melaka) di alu-alukan.

Apa risau dengan GST sekiranya kita bijak menggunakan khidmat yang lebih murah & membantu sesama bangsa.

Terimakasih sudi baca! (:

Wednesday, August 20, 2014

Wordless Wednesday | Malaysia. Di Sini Bermulanya Sebuah Cinta










**Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Malaysia tanah tumpah darahku. Malaysia yang ku cinta.
-dari saya Shafiyyah

Thursday, July 24, 2014

Cara Ketahui Kedudukan Koordinat GPS Anda | Cara Noob

Assalamualaikum!

Cara Ketahui Kedudukan Koordinat GPS Anda Menggunakan Handphone | Cara Noob

Okeh. Ni tutorial noob. Siapa noob tu? Saya lah. Saya memang malas nak download mana2 application untuk detect kedudukan koordinat GPS saya.

Macam mana saya boleh terdetik nak buat tutorial sebab saya memang semput habis bila cari rumah orang tak jumpa. Kena pulak bagi maps simple sangat. Maksud saya adalah majlis perkahwinan kawan2. Memang sebak habis lah bila hampir 2 jam round2 tak jumpa. Sandik la.. *upps, versi sabah*

Ada juga kawan2 yang sertakan sekali kedudukan koordinat  GPS. Punya senang jumpa. Betul-betul depan rumah. Hamekkaw. Sesat juga, jangan tanya kenapa kalau kena lempang. Hahaha.

Lagipun sekarang ni handphone masing-masing dah ada application untuk view direction contoh Google Maps atau WAZE. Kadang-kadang waze bukan dapat detect semua address kan? Hahaha.

Ok. tak nak story panjang sangat. Jom tengok tutorial..

Apa yang anda perlukan:

  • Facebook Messenger
  • Goggle Maps
  • Internet Connection *obviously.duhhh*


1. Turn on GPS (Seperti rajah dibawah*hamekkaw ayat paper fizik SPM*)

*Siapa tak tahu GPS kat hp tu apa, hantuk kepala kat buju katil cepat*

2. Buka Messenger Facebook anda & Turn on GPS kat Messenger tu. 
    Kalau Messenger korang kelihatan tak sama dengan saya, sila update cepat!
    Babab kang pakai zaman paleolitik punya apps.

*GPS di messenger seperti anak panah merah*

3. Then, cuba taip apa2 mesej kepada rakan kemudian klik pada mesej tersebut.

*Klik pada Testing seperti anak panah merah*

4. Bila dah klik tu sure akan keluar maps macam gambar di bawah ni: 

*Bila kita tab tu mesti akan keluar, klo tak kluar,
bermaksud korang tak on GPS di messenger
sebelum korang hantar mesej tu*

5. Step seterusnya, korang klik pada simbol seperti anak panah merah di bawah:

*Klik icon dalam bulatan merah tersebut*

6. Selepas klik dia pasti akan keluar option untuk membuka link tersebut(Seperti rajah dibawah)

*Pilih untuk buka guna Maps*

7. Akhir sekali, akan terbukalah google maps korang. Dan taadaaaa:

*Dalam bulatan merah itulah kedudukan koordinat GPS korang.
Saya blur kan sebab tak nak korang tahu
kedudukan GPS saya kan. Hikhik. Bajet retis.*

Kiranya lepas ni kalau ada kawan-kawan nak datang tempat yang mungkin alamatnya takda dalam WAZE or Google maps ni, boleh lah bagi kedudukan koordinat GPS korang. Sonang



**Amaran keras:1. Tutorial ni untuk orang yang mempunyai aplikasi yang 
tak berapa canggih dan noob macam aku. 
Hahaha. Yang berpapago or ada apa2 
aplikasi canggehh baq hang, 
duk diam2 k!
2. Tutorial ini digunakan di handphone di kala komputer tiada
didepan mata atau memang takda laptop langsung.



p/s:Nanti saya akan buat simple tutorial cara detect kedudukan koordinat GPS menggunakan komputer. Easy Peasy. 


Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers