Saturday, September 1, 2012

Gagnam Style VS Islamic Style

Assalamualaikum w.b.t.

Cakap je Gagnam Style, mesti semua orang tahu, kenal. Selepas beberapa hari MV Gagnam Style, diupload, keluar pula beberapa video parody Gagnam style. Siapa tak layan. Benda famous, semua layan, termasuk saya. Lepas layan MV,  layan parody pula.



Tapi, beberapa lama lepastu, keluar pula isu Islamic Style. Pendekatan islamic untuk menyedarkan kita dari terus terleka. Saya sendiri yang terleka dengan video tu, sedar. Bersyukur sangat sebab ada hamba Allah yang sudi menyedarkan kita. Kenapa nak bagi respon negatif? Cuba dalami apa yang di sampaikan. Betul ke Salah?

Cukup dengan komen2 islamic di video parody kita abaikan, siap bagi jawapan negatif lagi, tapi, sebelum bagi komen negatif kepada komen islamic tu, pikir dahulu, apa yang salah mengenai komen tu? Saya sendiri persoalkan diri saya. Yang bukan islam, tak payah lah ambil port sebab yang mejadi isu Muslim.

Memang sangat baik isu ini timbul. Dapat menyedarkan saya dan sesiapa sahaja dari terus leka. Saat ni saya rasa bersyukur tinggal di Malaysia, yang kononnya mereka cakap, sibuk jaga tepi kain orang, tapi sebenarnya memberi nasihat ke arah kebaikan Muslimin dan Muslimat.

Saya sendiri bukan budak baik, tidak bertudung litup, tapi saya rasa tidak salah kalau saya juga sebarkan hal ini. Mudah mudah hal-hal yang dipandang remeh ini dapat perlahan-lahan menjadikan kita seorang mukmin yang lebih baik.

Kita ambil positif dan buang jauh-jauh si negatif itu!

>>sumber dan inspirasi<<

Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, August 26, 2012

Syawal 2012 di Kuala Lipis, Pahang

Assalamualaikum!

First of All, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf Zahir dan Batin!

Macam mana raya korang? Seronok? Haa, apa? Gemok? Hakhakhak! Seronok makan, gemoklah jawabnya. Contoh terdekat, saya, saya, saya!!! *angkat tangan tinggi-tinggi*

Okeh, fine, pembetulan, bertambah gemok! Silalah lah makan Alpha Lipid II. Cehh, kuasa pulak aku. Itu kakak saya yang setia menjamu Alpha Lipid II. Kemain kau, turun 6 kg. Terbaik!! Tapi terseksa pon Terbaik jugalah. Hahaha! *jahat*

Ok, back to the topic. Syawal 2012. Raya tahun ni ok juga dari tahun lepas. Tahun lepas simple and boring.

Excited ye juga, sebab balik kampung, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.  Ye, ye, tahu, kampung Siti Si bertuah tu. 

Kitorang balik raya kedua sebab raya pertama ayah kerja. Memang seronok balik sana sebab rindu gila kat Wan, MokDe adn CikBi.

Kalau tahun-tahun sebelumnya, balik sebelum hari mantai lagi, pastu kacau dodol, buat rendang, ketupat and lemang. Eh, tipu, lemang wan je yang buat. Sebab Lemang wan je sedap! Hehe. Dodol tu resepi mereka juga. Kami penghulur tenaga sahaja. Hehehe!


Jom layan gambar yang tak seberapa!

.posing sebelum gerak. mata terBESAR tu gua.

.Hoooreeee!.





.Singgah makan bekal tengahari di Air Terjun Chamang, Bentong.

.main mercun sekejap sebelum tahlil.sumber dari abang polis.haha.


.sesudah bertahlil.



.okeh, ni bukan semua sedare sana, ni ade dua keluarga je.yg sebenar ada 11 keluarga, ni je yang sempat snap keh.

.meet my Wan.

.ni lah MokDe kawah. Gambar CikBi tak sempat snap. Waa.



.singgah Air Terjun Hutan Lipur Lentang, Bentong Pahang otw balik Melaka. Syiok beb!



Tak berapa banyak gambar. Malas pula nak pegang kamera. Handphone gua tak canggih, kamera tak cantek maaa.

Eh, rasanya belum bagitahu, kalau balik Padang Tengku ni memang boleh cepat gemok, mana taknya, balik sana semua pakar pakar memasak makanan tradisional. Paling sedap beb! Esp Masak Asam Tempoyak! Walaweh, sampai jilat kawah beb! Hakhak! *over seh!*

Ok, OK, next! Balik dari Padang Tengku, keesokkannya beraya dengan member sekolah menengah, tapi main sergah je. Gambar yang di snap tak sempat rembat dari kawan. No no photo keh.. 

Ok, itu je kot. Raya korang pula macam mana? Mesti ada pelbagai cerita kan?


.selamat hari raya aidilfitri semua!!!.

Terimakasih sudi baca! (:

Tuesday, May 8, 2012

Di Suatu Jalan Yang Gelap!

Assalamualaikum!

*Tajuk nak gempak je!*

Fuhh! Sejak dua menjak meninggalkan zaman Uni ni, dah tak da dah berjalan kaki.  Kalau dulu seminggu mesti 4-5 hari jalan kaki ke institut saya.

Hari ni, malam ni, berjalan kaki sorang sorang balik kerja. Tercabut tumit gua. Itu satu hal lah. Biasanya klau balik dengan kawan, tengok jalan terang benderang je. Siap cakap dalam hati lagi 'Kalau  wa jalan kaki pon tarak takut  punyalah'

Cit!! Rupanya bila berjalan kaki, gulap gulita kiri dan kanan. Creepy gilerhh! Haha. Bukannya seram sebab benda benda ghaib even though jalan di sebelah kubur, tapi, you knows, human beings are much scarier than benda benda ghaib kan.

Ok lah. penat. Nak minta adik picit picit kaki ni.

.ni yang sempat ku snap sepanjang perjalan balik tadi.



TIPU!! hehe.tu dari Mr.Google je!


Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers