Friday, April 29, 2011

My Bakal????


Assalamualaikum!

Kali ni OPIE ISA nak buat entry mengada2..Bhahahaha!

Saya nak bercerita tentang ciri2 lelaki yang bakal merampas hak saya dari tanggungan mak dan ayah saya yang tercinta (suami la). Pergh! Ayat takboleyblah.Teheeee~

Takmo lah cakap ciri2 common.  Mesti semua orang sama. Macam CUKUP IMANNYA, SEDAP MATA MEMANDANG etc. I ni memang tak suka bebel benda2 common. Hehe.

Ok, ni adalah ciri2 lelaki yang saya suka pandang dan akan kelihatan sangat happy bila memandang lelaki macam ni. Haha! Tapi OPIE ISA pandai cover ok, happy dalam hati je. Muka cool je!Bhahahaha!

Saya sangat suka tengok lelaki yang pakai tshirt sama kain pelikat! Wah, sangat melayu dan kelihatan sangat cool tau! Hehe.

Oleh kerana OPIE ISA sangat suka, beliau selalu duduk depan tingkap (masa 1st year ni) kerana tingkap bilik mengadap jalan, dan tidak berkelip mata melihat para muslimin yang baru pulang dari solat Jumaat! Wah! Kelihatan agak gatal disitu. Bhahaha. Alah, bukan nengok muka hensem ke tidak. Nengok yang pakai tshirt dengan pelikat je. Hehe. Sejuk bebeno mate ni menengok. Hehe.

Yela, asrama saya ni depan masjid. So, ada mamat2 yang bertshit dengan pelikat je ke masjid. Pastu pakai selipar, wuwuwuwuwu. Sangat sejati dan sempoi. Hehe..

Hehe. Actually ini bukanlah ciri2 sebenarnya, tapi kesukaan je. Hehe.

Saya je yang suka benda gini kot, orang len mana nak mandang orang yang pakai pelikat kan? Tak metropolitan katenye. Puihhhh. Loghat nau. Metro ke metno ke, melayu juga. Hehe.

Berikut adalah contoh2 nya (gambar2 adalah ehsan MR.GOOGLE):
-
-
-
-
-
-
.Contoh je ni. hehe.. cool la mawi gini!.


.Alamak. ni blogger Joegrimjow. Contoh je ye Joe!


p/s: i also like guys with smiling eyes. Hehehehe. macam Cam Gigandet dan Kang DaeSung!

Pengembaraan yang berpeluh-peluh-peluh

.INI ADALAH KISAH SEMALAM (28APR2011).



Assalamualaikum!

*Memberi salam dengan gagah sambil mengesat peluh yang melimpah ruah!*

Wah, saya dan kawan saya, Yani telah menghadapi rona hidup dengan gagahnya! Berpeluh2 kami!

Nak tahu ke rona-roni macaroni apa?

Haha, ayat je nak gempak, padahal, kecik punya hal. Bhahahaha!

Asalnya saya telah dipelawa oleh kakak aras *kakak master* untuk pergi Kolej Kediaman (asrama) E dengan menggunakan motor kesayangan beliau! Maka saya dengan girangnya terus bersiap dan mengambil pesan orang lain tanpa sedar bahawa saya amat gelabah bila bawa motor yang belum pernah saya bawa.

Terus saya terjah bilik kawan saya yang sangat pandai merempit walaupun beliau tiada lesen. Tapi saya telah dikecewakan dengan jawapan beliau.

“Alah, aku dah kenyang, ada kerja ni, nak edit FYP ni.”

Sob, sob. Kecewa,kecewa. Pikir, pikir, siapa lagi yang mampu bawa motor dengan gagahnya serta yang paling penting, sudi membawa. Jumpa kawan yang akhirnya sudi memenuhi hasrat hati sebab beliau memang baik, jarang cakap TIDAK. Hehe. Muahx untuk Yani!



Tapi malangnya pula, kami memang tak segagah mana walaupun badan saya mengalahkan badak. Yela, kalau excident, naya je an.

Mula, pikir, macam mana nak start scooter yang sangat pelik rupanya ni? Bising ni kami berserta satu lagi kawan yang menemani ke motor. Rupa2nya lupa tekan brek! Dude, nak start scooter mesti ha tekan brek juga. Malu ah der.

Bhahahaha. Memang memalukan. Akhirnya dapat juga start dengan keringat yang melimpah akibat mulut terlalu kecoh mecoh!Bhahahaha.

Dah sampai Kolej Kediaman E tu, hal nak memenuhi pesanan orang pula. Haiya, lupa pula saya ni budak gelabah yang 24jam gelabah tak pandai tenang. Gelabah menyebabkan saya lupa apa yang diorang order! Puihhh! Geram dengan diri sendiri. Dengan ke hulu ke hilir satu kafe, akhirnya dapat memenuhi semua order! Oyeah! OPIE ISA terbaik! Haha.

Pastu bila dah sampai asrama kami. Ada satu lagi masalah, hehe.

Nak tongkat motor! Waaaa. Kami sangat gerun menggunakan tongkat yang single tu, mana lah tahu tak dapek nampung ko.

Kami berusaha keras dengan sekali lagi mulut je lebih bising, tenaga untuk menurunkan tongkat tengah2 tu tak seberapa. Akhirnya, setelah approximately 3minit, akhirnya Berjaya menongkat. Bhahahaha. Sila lah ketawakan saya ye klo nak kena bako~

Bhahahaha.

Lucu ah.

Gelabah dan kecoh je lebih!Bhahahaha...


.oh, ini bukan, ini moto sewa gua masa 3rd Sem.scooter ni baik punya!.


Terimakasih sudi baca!

p/s:debo2 nak VIVA!!

Thursday, April 28, 2011

No More ENTHUSIASTIC YOUTH in Running Man!!!

-AMARAN KERAS!! Sila sediakan tisu GIANT yang berkepuk2 untuk mengelap airmata serta mucus hidung anda yang bakal mengalir selepas membaca entry ni.-


.Enthusiastic Youth or Brain Jongki in Running Man.


Jongki last photo with the cast.*i can see everibadih was crying behind that bright smile!*

Waaaaaaaaaaaa, sedihnya.


Kenapa Jong Ki nak tinggalkan Running Man?What a waste!!!!!!


Last recording dia adalah pada 18 April lepas yang akan akan ditayangkan on SBS pada 1 Mei (Episode 41).


Wakil dia memberitahu “ Ia adalah satu keputusan yang sukar baginya, tapi bagi Jong Ki, dia perlu beri sepenuh perhatian kepada lakonannya selepas filmin movie nya. JongKi sangat sedih lagipun hubungan dia dengan castmates memang sangat rapat. They have all developed very close and strong relationships. Jongki tamatkan rakamannya pada 18April dan memberi sebaik yang mungkin!”


Buat masa ni, tiada siapa lagi yang akan menggantikan tempat Jongki. PD RM bagi tahu bahawa RM akan diteruskan dengan ahli yang tinggal dan diorang tak decide lagi nak ganti tempat Jongki.


Sedih betul la! Korang tak sedih ke?


Kalau ada orang ganti tempat dia pon, RM wont ever be the same its just like Family Outing (season 1) when Chunhee and Yejin left!!!


Walaupun Jongki bukanlah sebab utama saya tak makan 7hari 7malam semata2 nak menonton RM, but still sedih tahap dewa. Sob3.. *sedang mengesat air mata dengan selimut merah yang empuk*


Waaaa, bakal merindui his ‘ ENTHUSIASTIC YOUTH’..


Anyway, i know RM will be still awesome and i’ll continue watching it. Neva stop! Yehaaa!!!


Wish Jongki all the best and have a good career and maybe can come back as a guest!!
-
-
-
-
-

.Saya menangis dengan ayu dan comelnya.inilah saya<----- tolongla percaya.



p/s: Hari ni ada paper lagi! tak sabar nak habis, nak focus on VIVA pulak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers