Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Resepi Bergambar Brownie Mudah dan Ringkas

Assalamualaikum!

Ok, lately ni saya rajin sangat memasak. Saya suka makan kek yang simple dan tak terlalu manis. Lagi best bila tengok family makan and percaya atau tak, diorang sangat suka dengan masakan kita. Siapa tak happy oii!

Beberapa hari lepas saya ada buat kek brownie. Saja2 isi masa lapang cuti weekend. Tahu tak brownies? Brownie adalah kek yang paling mudah untuk dibuat atau nama lain ada orang panggil kek coklat ringkas. Memang tersangat ringkas!


Bahan-bahan:

1        cawan majerin-dicairkan
2        cawan gula castor
4        biji telur
1/2     cawan serbuk koko
1        sudu kecil esen vanila
1/2     sudu kecil garam
1-1/2 cawan tepung
1/2     sudu kecil baking powder (dicampur bersama tepung)


Cara-cara:


  • Campurkan mentega cair bersama gula castor dan pukul sebati.
  • Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul.
  • Setelah sebati, masukkan serbuk koko dan pukul hingga sebati.Tambahkan esen vanila dan garam kedalam adunan anda.
  • Akhir sekali masukkan campuran tepung bersama baking powder ke dalam adunan koko tadi. 
  • Sekiranya anda ingin letakkan bahan tambahan seperti kekacang, anda boleh masukkan selepas step 4 ni.
  • Griskan loyang anda dan tuangkan adunan kek anda kedalam loyang yang telah digris tadi.
  • Bakar didalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 degree C selama 20-25minit.
  • Sejukkan sebelum dipotong mengikut kesukaan anda dan sedia untuk dimakan. Yum!!!!
Ada sesetengah resepi, diorang campurkan terus semua kedalam mesin bancuh kek. tapi disebabkan saya ni kurang pakar, saya memilih untuk buat satu persatu. Hahaha!

Kat bawah ni pula step by step bergambar:

.Mentega yang telah dicairkan.

.Campurkan mentega cair bersama gula castor dan pukul sebati.

.Kemudian, masukkan telur satu persatu.

.Masukkan serbuk koko.


.Masukkan campuran tepung bersama baking powder.

.Griskan loyang dan taburkan tepung di loyang untuk
memudahkan kek yang telah dimasak ditanggalkan dari loyang.


Ok, bawah ni hasilnya. Lupa nak snap gambar full. Serius lupa. hahaha... :)



Inginkan resepi Kek Red Velvet yang mudah? Klik SINI

Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, December 26, 2013

Resepi Kek Red Velvet Mudah

Assalamualaikum!

Siapa suka makan red velvet cake? Saya? Saya kurang gemar sebab red velvet ni ada cream cheese. Saya kurang gemar makan desert yang ada cheese. Haha. Anyway, 21 Disember lepas birthday mak saya. Plan awal nak beli je sebijik kek dari Secret Recipe. Tapi bila pikir balik, bukan nya berbaloi pon. Baik buat sendiri. Barulah best kan. Hahaha. Padahal bukan pandai buat kek pon, asyik batat je. Hahaha.

Tapi Alhamdhulillah. Jadi pulak kali ni. Just cream tak jadi sebab resepi tu yang salah. And the best part is, saya langsung tak pakai mesin. Whisk pakai tangan. Bosa sebelah tangan den. Hahaha.

Ok, disebabkan kek dia menjadi, saya sharekan lah resepinya disini. Sharing is caring giteww....

Bahan-bahan:

a) Bahan kek
    2 1/2 Cawan tepung gandum
    1 Cawan (8 oz/ 227 g) Butter/mentega
    3 Telur Gred A *Kalau gred C, boleh extra 1 telur
    1 Cawan Butter Milk *Kalau susah jumpa, resepi ada dibawah
    1 1/2 SK(Sudu kecil) Baking Powder
    1 SK Baking Soda
    2 SB(Sudu Besar) Serbuk Koko
    1 SK cuka makan
    1 1/4 Cawan Gula Kastor
    1 SK esen vanila
    2 SB pewarna merah
    1 SK garam

** Cara buat butter milk sekiranya tiada butter milk:
     -Hanya campurkan secawan susu segar dengan 1sudu besar cuka makan.
     -Kacau dan biarkan sebentar (~10minit)

b)Bahan Cream/frosting
    1 1/4 cawan non diary whipping cream
    2 Cawan (16 oz/ 454 g) Cream Cheese
    50 gram Mentega
    3/4 cawan gula aising


Cara-cara:

a)Kek:
1) Campurkan tepung, garam, baking powder & koko sekali dan ayak kedalam satu mangkuk.
2) Di bekas yang lain, pukul majerin hingga lembut *keputihan* dan kemudian masukkan gula kastor dan pukul hingga sebati
3) Masukkan telur satu per satu dan teruskan memukul.
4) Masukkan esen vanila dan gaul hingga sebati.
5) Dalam bekas/cawan yang lain, campurkan pewarna merah bersama butter milk.
6) Masukkan butter milk yang berwarna dan campuran yang diayak di 1) bergilir gilir kedalam adunan majerin tadi.
7) Di bekas/cawan yang lain juga, campurkan baking powder dan cuka makanan. Gaul sebati kemudian campurkan kedalam adunan  6). Gaul sebati.
8) Untuk acuan pembakar anda, sapukan dengan majerin/minyak/cooking spray dan taburkan dengan sedikit tepung dengan memastikan keseluruhan bekas pembakar diselaputi majerin/minyak/cooking spray dan tepung untuk memudahkan kek dikeluarkan sesudah masak nanti.
9) Pindahkan adunan anda kedalam bekas pembakar anda.
      -Untuk menghasilkan kek lebih dari 2 layer, anda bolehlah bahagikan adunan kek anda kepada 2 adunan dan setiap satu adunan(satu kek) yang terhasil, anda boleh bahagi dua kek terbabit dan kek anda mempunyai 4 bahagian iaitu 4layers.
10) Preheat oven anda pada suhu 180 Celcius dan kemudian bakar pada suhu terbabit selama 25-30minit*sehingga tiada yang tertinggal di pisau apabila dicucuk di tengah2 kek*
11) Keluarkan kek anda dari oven dan biarkan ia sejuk sebentar *around 10minutes*. Keluarkan kek anda dari bekas loyang pembakar dan biarkan sejuk keseluruhannya selama lebih kurang 20 minit.
12) Setelah itu, balutkan kek anda dengan plastic wrap dan masukkan kedalam peti sejuk selama 40 minit.
13) Sementara itu, anda bolehlah menyediakan cream anda.

b) Cream
1) Pkul /putar*sekiranya guna mesin* whipping cream sehingga 'soft peak' (kental). maksudnya, bila anda tunggangkan whipping cream tersebut, ianya tidak jatuh dari mangkuk.
2) Di dalam mangkuk yang berlainan, putar cream cheese,  mentega dan gula sehingga kembang.
3) Campurkan kedua-dua bahan dan putar sehingga sebati. sedia untuk disapu di atas kek.
4) Keluarkan kek anda dari peti sejuk dan ratakan permukaan atas kek anda dengan memotong bahagian yang tidak rata. *Bahagian yang dipotong boleh digunakan untuk dijadikan dekorasi kek anda nanti*
5) Potong kek anda secara mendatar supaya anda dapat menyapu cream anda diantara kek.
6) Setelah menyapukan setiap layer kek anda dengan kek, sapu juga cream tersebut untuk cover seluruh kek tersebut.
7) Seterusnya, lebihan kek yang anda telah potong di awal tadi, anda boleh hancurkan ia dan tabur ke atas kek anda sebagai hiasan. Warna putih dan ketulan2 kecil dia atas kek akan mencantikkan lagi kek anda.
8) Simpan kek anda didalam peti sejuk selama lebih kurang 40 minit dan bolehlah dipotong & makan!



Okeh, harap korang semua bolehlah buat red velvet sendiri. bagi amateur macam saya, ia tidak lah terlalu senang dan juga tidaklah ssesukar mana. Bawah ni saya ada selitkan gambar kek red velvet yang saya buat.


*Sedikit tak kemas(amateur kan.hehe) dan saya buat 3 layer sahaja, first bake tebal, second bake nipis cukup untuk dijadikan satu layer*

*Lebihan kek yang dipotong atas tadi boleh dijadikan hiasan seperti gambar diatas.Sumber dr google*



>>Video Redvelvet recipe<<


Terimakasih sudi baca! (:

Tuesday, September 27, 2011

Inilah Dia. Karya Gua yang takseberapa. Ececece.

Assalamualaikum!

Saya ada cerita sebelum ni yang saya buat Apam polkadot/ladybird kan? Ada lah, kat SINI.*cepat check cepat.hehe*

Jadi, kat sini saya bagi bukti. Lawa takda lah lawa mana. Comot adalah. Orang tak kreatip kan. tapi atleast jadilah jugep.

Yang silapnya, rasa dia. Even not bad, tapi terlalu padat. Takpa, next time boleh try lagi. Resepi dia pon senang. Korang nak cuba? Ok, saya sertakan resepi sekali. Alang alang kan. Memang saya copy paste resepi ni. Tapi malaslah nak 'cite' sebab kalau google pon, semua orang bagi resepi yang sama. Taktahu mana yang ori. Hehehe. Oleh, lets cekidaut!



.Tudia jem saya.

.Agry bird tak jadi.Wakaka!



  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar atau susu cair *saya guna susu cair. kalau saya beli susu segar, sure saya habiskan b4 sempat gune.Hehe*
  • 3 sudu teh baking powder = diayak sekali
  • 3 biji telur sejuk dari peti ais
  • 1 sudu kecil ovelette/Quick 75
  • 1 sudu esen vanilla
  • Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing.*Saya gunas jem je sebab taktahu apa tu filling and malas nak cari.hehe*
  • Pewarna adalah terpulang



  1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
  2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
  3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
  4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
  6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
  7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
  8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
  9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
  10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.


Ini pula few tips untuk supaya apam korang lebih cantik dan menjadi!

  • Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja. nanti jadi macam apam eno pula**
  • Kalau boleh, balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
  • Pastikan air betul2 panas sebelum nak kukus apam. Kalau tak, apam tak naik. jadi leper. 
  • Jangan terlebih pukul adunan. Nanti apam akan jadi naik semacam.
  • Kalau nak buat banyak2, abiskan satu adunan dulu. Pastu baru buat adunan yang lain pulak. Kalau lama sangat kat luar, angin akan masuk dalam adunan. Nanti apam jadi banyak lubang2 kat permukaan
  • Kalau nak permukaan apam lagi cantik, sudukan adunan menggunakan sudu kecil untuk masukkan dalam paper cup. Cuma yang nak buat dot2 je pakai piping bag.
  • Sebelum sudukan tu, kacau dulu adunan supaya angin2 yang masuk dalam adunan tu takde. 
  • Kukus setingkat-setingkat, takut tak masak and make sure kukus more than 15minutes.

Ok, sekian. Mana mana yang dah cuba tu, share2 pengalaman dengan saya. Peace yaww!



Terimakasih sudi baca! (:

Sunday, September 25, 2011

Apam Polkadot/Ladybird Versi gua!

Assalamualaikum!

Takmo bebel panjang. Gua nak bgtahu kat semua orang walaupun 1st try Apam polkadot/ladybird aku hampeh gila, tapi 2nd try memang terbaek wooo!

Aku buat khas untuk beberapa kenalan aku kat MYDIN memandangkan yesterday is my last day kat MYDIN*berhenti atas sebab2 tertentu*

Hehehe.


HaHa. itu bukan apam yang saya buatlah. Haha. Itu saya google je. Tak sempat menyempat kot nak amek gambar.Mane taknya buat malam2. Siap pukul 12 malam terus gedebush atas katil! Hahaha. Lagipon, saya buat tak se-perfect ni. Hehe.

Esok nak buat lagi, nak buat untuk family and maklong yang bakal datang umah esok. Hehe. Nantikan~

Ok, bai!

Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers