Ok, lately ni saya rajin sangat memasak. Saya suka makan kek yang simple dan tak terlalu manis. Lagi best bila tengok family makan and percaya atau tak, diorang sangat suka dengan masakan kita. Siapa tak happy oii!
Beberapa hari lepas saya ada buat kek brownie. Saja2 isi masa lapang cuti weekend. Tahu tak brownies? Brownie adalah kek yang paling mudah untuk dibuat atau nama lain ada orang panggil kek coklat ringkas. Memang tersangat ringkas!
Bahan-bahan:
1 cawan majerin-dicairkan
2 cawan gula castor
4 biji telur
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil garam
1-1/2 cawan tepung
1/2 sudu kecil baking powder (dicampur bersama tepung)
Cara-cara:
- Campurkan mentega cair bersama gula castor dan pukul sebati.
- Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul.
- Setelah sebati, masukkan serbuk koko dan pukul hingga sebati.Tambahkan esen vanila dan garam kedalam adunan anda.
- Akhir sekali masukkan campuran tepung bersama baking powder ke dalam adunan koko tadi.
- Sekiranya anda ingin letakkan bahan tambahan seperti kekacang, anda boleh masukkan selepas step 4 ni.
- Griskan loyang anda dan tuangkan adunan kek anda kedalam loyang yang telah digris tadi.
- Bakar didalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180 degree C selama 20-25minit.
- Sejukkan sebelum dipotong mengikut kesukaan anda dan sedia untuk dimakan. Yum!!!!
Ada sesetengah resepi, diorang campurkan terus semua kedalam mesin bancuh kek. tapi disebabkan saya ni kurang pakar, saya memilih untuk buat satu persatu. Hahaha!
Kat bawah ni pula step by step bergambar:
Kat bawah ni pula step by step bergambar:
.Mentega yang telah dicairkan. |
.Campurkan mentega cair bersama gula castor dan pukul sebati. |
.Kemudian, masukkan telur satu persatu. |
.Masukkan serbuk koko. |
.Masukkan campuran tepung bersama baking powder. |
.Griskan loyang dan taburkan tepung di loyang untuk memudahkan kek yang telah dimasak ditanggalkan dari loyang. |
Ok, bawah ni hasilnya. Lupa nak snap gambar full. Serius lupa. hahaha... :)
Inginkan resepi Kek Red Velvet yang mudah? Klik SINI
Terimakasih sudi baca! (:
wow sedap2
ReplyDeleteMmg sedap! :)
DeleteSalam, wah rajin buat sendiri, haha..sy suka tp malas..boleh tak? hihi..nmpk sedapnya...haa mane xlupa amek pic, mesti dh ngap dulu nih :p
ReplyDelete(tq sudi singgah blog sy)
Tak rajin jugak, just tiba2 rasa nak buat. Hee..
DeleteMMg dah ter-ngap dulu before snap. Heee...
Sy dah berkali2 cuba resipi ni..mmg sdp sgt..yg pnting resipi ni ringkas n confirm mjadi.. :) tma ksh krn berkongsi resipi yg marvelous.. :))
ReplyDeleteTQ cik Anon.. :)
DeleteAssalam..
ReplyDeleteSedap pulak tgk brownies ni. Blh cuba resepi awak ni.. hihihi..
Jemput dtg blog saya.
www.semutrajin.com
Cuba jgn tak cuba..
DeleteDONE bwat. Sedap !! tapi tepong tuh 1 cawan or setengah cawan?
ReplyDeleteAskum saya nk tnya knapa saya buat jd keras n trlampau mnis?ni 1st time saya buat ikut resepi..mmg texture dia mcm tu ke??sbb saya sndri pun xprnh mkn brownies hihihi..just nk tau
ReplyDeleteSedap dan simple..nak buat sekarang la..
ReplyDeletejom lawat rumag sy dulu ye..