Sunday, October 31, 2010

Tolong Keluarkan Saya


Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung.
Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu oleh Rashid meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih kurang empat jam. Rashid meluruk ke wajah Zakiah, isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Rahisd tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman.

Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena. Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk.

Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Mahgrib. Kalau tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Mahgrib.

"Dah Mahgrib, bang. Berhenti sekejap."

Wajah Rashid kelihatan keruh. Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapilangsung tidak mempan.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan.
Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia menghentikankereta, meminta Zakiah turun.

"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan. "Kiah pergilah...abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid mudah. Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.

"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha...terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."
"Tak apa...kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti."
Zakiah tidak membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran.

Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah.
Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri.
"Ya Allah...selamatkan kami..." bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah, darah merah mengalir.
Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu.

Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit. "Tersepit... tak boleh tarik..."

"Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital." Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!"
Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.
"Tolong saya, encik..." pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap... cik...berdoa kepada Allah...cik akan selamat."
"Sabar encik...tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai."

Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya. Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu.

Syukur... Pandangannya tertunpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.

"Ya Allah...selamatkanl ah aku..."

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba. Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunui apabila salah seorang anggota bomba bersuara.

Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik...kenapa tak boleh keluar?" Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. 

Bencana apa yang sedang menimpanya.

"Ini bukan kerja manusia macam kita...kena panggil orang yang tahu..." terdengar sebuat pendapat. Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

"Tuan...tolong saya tuan..."

"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala..." "Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan..." "Kamu berdoa kepada siapa?"

Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagilelaki itu kelihatan seperti orang alim.

"Sudah tentulah pada Allah."

"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"

Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu."Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua
kamu!" Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara,memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.
Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa. Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas.
Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.

"Abang...bang! Abang!!" Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana. "Sedapnya tidur...naik serak suara Kiah mengejutkan abang..." Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah! Dia masih berada di tempat rehat. "Kiah tunggu sekejap...abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah di bibirnya.


Anas menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :-
"ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYADITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM".



SuDah JaTuh diTimPa TanGga


AL-KISAHNYA

Tak kira, nak pegi pasar KK ari ni gak.. xde makann dah dlm peti ais,nak makan pe?batu? pasir? *ke nak curi ikan kat Hatcheri?wink*wink*

Time tu jam 3 ag dah hujan, tp berdegil, nak gak g KK, pastu hujan pon benti jam 5.. de la 2,3 titik....
pastu, dah lambatnye pasal, sbb dok kusyuk on9, xperasan dah 5.30pm. pe ag, pecut la laju2 kan, laju, laju, laju.*xtau bpe laju sbb meter moto rosak*

pastu pas nek bonggol yg depan bustop canselori tu*otw g kg AB*, ttbe moto bunyi len mcm.. n perlahan, perlahan dan maken perlahan.. eh, apsal ni, gua dah la lambat ni, check2, pergh! rantai putuih.. naseb k.mas*beliau* limpas time tu, die tolong la. petue beliau::::klo pandai berbasikal, pandai baiki rantai besikal, sure pandai baiki rantai moto gak:: die tolong la die macho nye, haa, da ok.. ngam!

Pe ag, ble dah ok, disebbkn makin lmbt, pecut lagi..VROOOOOOOOOOOOOM!
smpai dekat sebelum bonggol depan masjid, kejadian di atas berulang kembali.cit! wosak ag. beiki la ag.ok, dah baik.pastu kwn aku yg aku nk jempot kt kg AB tu bwa moto.. pergh, wosak ag..rupe2nye de prob kat rantai die.baik! skrg dah jam 6, hampir gelap,buka ke pasar ag ni? xpe, kakLusia ckp, buka ag.
last2 mbe aku yg sorang ni g la pjm moto geng die.*moto tu akan dibeiki kendian*

pastu, ble smpai je KK,pergh, HUJAN MENCURAH2 KE LADANG GANDUM!
Adeh, naseb aku bwa pyung, geng aku ni xbwa payung, xpela, selaku org yg xmo membeli pe2, anda duduk jela diam2 kt c2 ye..

Sonok tol membeli, murah2 tau sayur2, seafood2, ikan2 kat sabah ni*ayam n daging mahal gilleeerrr*Beli la mcm2 sayur,ikan, fishcake,fishball..
terkial2 aku pgg brg, mne ikan lagi, mne sawi lagi, mne kobis lagi, mne carrot lagi, mne fishcake &fishball lg, mne lada lagi, mne PAYUNG lagi... 

SIAP! jom balek.bile ckp jom balek je, HUJAN MENCURAH2 KE LADANG GANDUM lagi..td dah mcm xlebat..xpe2 jum kite lepak2 jam, order nasi goreng atau bakso*juga murah klo kat pasar ni*
lepak2 smpai kekenyangan, hujan pon reda la ckit, ckit je..

k, jom gerak.. dlm prtengahan jln, lebat lg, pergh, jalan jela, basah2 pon, smpai gak uma.bak kate geng aku sekolah rendah dulu, hujan xmati pon, tempuh jela.haha..

Sampai je kat bilik, simpan sume brg kat peti ais... eh, nape mcm sikit je brg aku ni. sawi ade, ikan ade, ayam ade, kunyi, lada,halia ade.. eh, mne kobis?mne carrot?mne fishcake n fishball?
HUWARGH!!!!!
dah la fishcake n fishball tu aku beli manyak!!! asalnye beli yg ckit, ttbe rase yg manyak tu lagi murah, beli la, smpai total nye rm9 la.byk kn?kn?kn?
Carrot & kobis tu lagi cdey, aku punye la terliur tgk kakJoan masak sup ade carrot, aku pon beli la, rm 2 3batang.. pergh..cdey2

Ni gare2 tgn yg penuh, dah byr duit, tp lupe amek brgnye,,,,,

Em, rugi besar.adakah saya TAMAK?mungkin... org tamak selalu rugi.. tula, sape suh beli manyak2, kan dah rugi.. sob3...

p/s: de 2org coursemates aku ckp xelok mkn fishcake n fishball, artificial food, nti maken gemok, itu lah hikmah disebalik peninggalan fishcake2 & fishball2 ku di pasar tu..


Lawak: Mari Berpantun



Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap

Akhir Kata, *em, takda kata-kata lah!haha*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers