Sunday, February 17, 2013

'Journey' to Tanjung Bidara.

Assalamualaikum!

Alkisahnya. Orang nak pergi mandi manda di pantai, kita pon nak. Haha. Kawan yang ajak pergi pantai. Kat Tanjung Bidara je, belum cukup budget nak pergi Pulau2 yang cantik2 tu.. Rancang pergi bertiga, last-last pergi berdua. Minah sorang lagi tu last minute cancellation. *seriusly i hat last minute cancellation, bikin #sentap!*

Keropok dah siap goreng malam sebelumnya, mana tak nya, pagi sabtu tu gua kerja beb! *saturday half day keh!* So, Sunquick Mango pon dah siap bancuh malamnya. Excited juga lah. Kawan pula bawa sandwich. Dah siap packing malam tu *macam jalan jauh je. Haha!*

Malam tu tidur dalam keadaan berangan-angan di lautan luas yang crystal clear airnya, sambil bagi ikan makan. *puihh, padahal nak pergi pantai tg.bidara, yang langsung tak crystal clear! LoL!*

Esoknya before habis kerja baru kawan tu mesej yang kawan lagi sorang tu terpaksa cancel. Ades! Jadi pergi berdua jela. Macam kureng syiok, so last minute ajak adik saya yang dua ketul tu ikut. Seronok kemain!

Dari rumah keTg.Bidara tidak berapa jauh, tidak juga berapa dekat. Suam suam kuku je. Heh? LoL!

Dah sampai sana dalam pukul 3ptg, angkut barang2 dari kereta, adik2 terus terjun laut, kawan pon turun laut. Baru beberapa minit tenggelamkan kaki, jenguk langit, pergh! Bakan hujan lebat ni..

Memang betul pon, lebih kurang 20 minti berendam, setitis demi setitis hujan turun. Sempat juga grab semua barang pergi ke kereta and pergi bilik salinan.

Saya pulak dah macam mak orang, dok tolong settle dua ketul adik saya. Haha. Mak muda keh! Hahaha..

Kawan lah agak sedih, beria-ria nak mandi manda, hujan plak. Tapi takpa, dapat merasa jugak. Dari kempunan kan. Dah salin semua, nak balik tu, syukur sebab hujan dah slow, sebab toilet ke kereta jauh gak, so dapat lah pergi ke kereta tanpa hujan melimpah2 ke ladang gandum. Haha..

Bekal yang kitorang bawa pon tak makan lagi, so singgah  lah Pantai Klebang, makan-makan sambil hirup udara laut *ayat konon gila*.. Borak punya borak, pukul 6 petang baru balik. Hehe..

Pantai Tg. Bidara*source*
Pantai Klebang*source*
.aku dan beliau.

moral of the story: Walaupun tak dapat mandi manda seseronok yang dirancang, dapat story mory dengan kawan pon ok gak!

Terimakasih sudi baca! (:

Lawak : Si Isteri Lewat Sebulan!

Assalamualaikum!

Kisah mengenai si isteri yang lewat sebulan dan diketahui oleh semua pekerja TNB,




Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata :

Isteri : Ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor.

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.

Pegawai TNB : Ini rumah En. Mahpus ker

Isteri : Iya, saya ni isterinya. Ada apa encik?

Pegawai TNB : Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah.

Isteri : APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???!!! *nada terkejut*

Pegawai TNB : Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online. *dengan muka selamba*

Isteri : APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???!*bertambah terkejut*

Pegawai TNB : *cuba mententeramkan keadaan*Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan.

Isteri : Nanti saya bincang dengan suami saya.. *masih dalam keadaan terkejut beruk*


Keesokkan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambil cuti dan pergi ke TNB yang berdekatan.

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik

Mahphus : Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. Awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! Bisness apa korang buat niii?? Nak kena saman kerr???!!

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan.
Pegawai TNB : Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je.

Kata-kata pegawai TNB tersebut membuatkan Mahphus bertamabah berang!

Mahphus : Apa nak bayar korang? Blah lahh.

Pegawai TNB : Kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya......... *belum sempat menghabiskan ayat, Mahphus memotong*

Mahpus : Apa??? potong??? Habih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB : Nampak gayanye, isteri encik kena pakai Lilin sahaja lah...


Dafuq? LoL!

untuk bacaan dewasa sahaja. rasanya  bawah umur tak faham kot. LoL!

>>sumber<<

Terimakasih sudi baca! (:

Saturday, September 1, 2012

Gagnam Style VS Islamic Style

Assalamualaikum w.b.t.

Cakap je Gagnam Style, mesti semua orang tahu, kenal. Selepas beberapa hari MV Gagnam Style, diupload, keluar pula beberapa video parody Gagnam style. Siapa tak layan. Benda famous, semua layan, termasuk saya. Lepas layan MV,  layan parody pula.



Tapi, beberapa lama lepastu, keluar pula isu Islamic Style. Pendekatan islamic untuk menyedarkan kita dari terus terleka. Saya sendiri yang terleka dengan video tu, sedar. Bersyukur sangat sebab ada hamba Allah yang sudi menyedarkan kita. Kenapa nak bagi respon negatif? Cuba dalami apa yang di sampaikan. Betul ke Salah?

Cukup dengan komen2 islamic di video parody kita abaikan, siap bagi jawapan negatif lagi, tapi, sebelum bagi komen negatif kepada komen islamic tu, pikir dahulu, apa yang salah mengenai komen tu? Saya sendiri persoalkan diri saya. Yang bukan islam, tak payah lah ambil port sebab yang mejadi isu Muslim.

Memang sangat baik isu ini timbul. Dapat menyedarkan saya dan sesiapa sahaja dari terus leka. Saat ni saya rasa bersyukur tinggal di Malaysia, yang kononnya mereka cakap, sibuk jaga tepi kain orang, tapi sebenarnya memberi nasihat ke arah kebaikan Muslimin dan Muslimat.

Saya sendiri bukan budak baik, tidak bertudung litup, tapi saya rasa tidak salah kalau saya juga sebarkan hal ini. Mudah mudah hal-hal yang dipandang remeh ini dapat perlahan-lahan menjadikan kita seorang mukmin yang lebih baik.

Kita ambil positif dan buang jauh-jauh si negatif itu!

>>sumber dan inspirasi<<

Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers