Thursday, May 3, 2012

Walimatul Urus Naja dan Yatie

Assalamualaikum!

Saya baru 23 tapi saya mempunyai ramaaaaiii kawan yang dah kahwin. UNTUNGLAH dah ada suami. Hehehe.

Minggu lepas abang saudara saya pula nikah, Naja and Yatie. Alhamdulillah, ikatan mereka halal akhirnya dan majlis juga berjalan dengan baik. Simple and sederhana. Bila kenduri belah lelaki ni memang sepi sikit. Majlis berlangsung di Taman Rembau Utama, Rembau, N9.

Gambar pon tak snap banyak. Makanan memang macam bukan makanan pengantin tapi serius sedap gila! Kalau KakLang masak memang tiptop, kerabu su'un paling the best! Jom chekidaut gambar gambar kenduri~

.kenduri belah perempuan.


.entrance gempak seh.

.flower boys and girls.

.untunglah Parlimen Rembau datang *Khairy jamaluddin*.


.Kawan Mak, makcik Jamaliah.

.Anak Makcik jamaliah yang dulu ku sangkakan
kanak2 ribena, rupanya 18 tahun. Ai Iqmal dr Pilih Kasih.

.Masakan KakLang (kaksedagho) yang terameklah sodap!.

Macam macam jenis minuman ada, sure yang paling saya ingat CENDOL lah. haha. berteguk teguk saya makan cendol tau! 



Terimakasih sudi baca! (:

Monday, April 23, 2012

Jangan Kau Sangka

Assalamualaikum!




Wahai yang bertudung labuh ataupun yang bertudung, jagalah perilaku mu kerana tiap langkah mu akan menjadi sebutan sekiranya ia tidak sopan.


Terimakasih sudi baca! (:

Thursday, March 22, 2012

Anak Dara Tua.

Assalamualaikum!

Fuhh! Tajuk adalah bermaksud anak dara tua kerja. Sure korang tak faham punye haih. Serius sedih weh! Dah 4 bulan after grad, tapi sekarang masih tanam anggur. Waaa! Bila nak dapat kerja eik? Resume saya terok sangat ke para majikan oi.. Huhu.

Tiap tiap hari kot buka website2 kerja kosong. Banyak juga dah apply. Huhu. Masih belum rezki kot. InsyaAllah, satu hari nanti mungkin dapat. *positif, positif* Eh korang, kalau ada jawatan kosong, sudi sudilah share kat saya ea. *wink wink!*

Sekarang ni kerja kat satu kedai Hardware. Pergh, rasa macam dah tuff je lengan ni. Angkat macam macam macam benda berat. Kaki and tangan pon dah tak makan losyen beb. Keras kematu!


.berseronok kat kedai.kalau bos tahu, mampos!haha.


Em, tak kisah lah kan. Atleast dapat juga duit. Banyak pengalaman kerja kat kedai hardware ni tau! Dah boleh sikit2 bertukang kat rumah. Haha! setakat tukar kepala paip ke, repair sikit sana sini, boleh lah. Haha. Sebelum ni rasa tengok orang perempuan pasang rail langsir sure rasa, "Wah, pandai minah ni set kan rail langsir" Padahal bapak kacang set rail langsir.

panjang lah nak cerita pengalaman kalau kerja kat kedai hardware ni haih. Ok lah, nak fokus tengok cerita amukan pocong. Bai!


.selebet and senget.hehe.

Terimakasih sudi baca! (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers